Selamatkan Memori, Selamatkan Hidup

Kau nampak?

Ada seorang pelanggan di sebuah kafe yang dilihat kerap duduk di meja paling hujung.

Dia akan membawa bersama pen dan buku tanpa garis.

Sudah beberapa kali si pembancuh kopi di kafe tersebut melihat pelanggan itu menulis.

Pernah juga dia terpandang catatan pada buku pelanggan itu.

Pelanggan itu sedang menulis dirinya.

Menulis mengenai pengalaman hidup yang sudah terpecah memori di sana sini dan semakin luput.

Menulis itu menyelamatkan memori yang dapat menyelamatkan hidupnya agar sentiasa ada harapan.

Kali ini si pembancuh kopi membawa kopi yang dipesan bersama-sama soalan kepada pelanggan itu.

Dia dapat mengajukan soalan, “Apa bezanya cara kita menulis untuk diri sendiri pada hari ini dan tahun lalu?”

Pelanggan dengan senang hati menjawabnya, “Kemahiran kita menulis mesti berkembang bersama dengan usia kita. Jangan miskinkan penulisan sendiri dengan sikap tidak peduli.”

Si pembancuh kopi melanjutkan soalan, “Apa tanda-tanda ada peningkatan makna hidup dengan memperbaiki cara kita menulis?”

Balas pelanggan, “Kita akan berpuas hati membaca tulisan kita sekarang berbanding kita menulis pada usia tujuh tahun, 20 tahun dan 30 tahun kerana nampak anjakan nilai.”

Si pembancuh kopi mengasak lagi, “Apa tanda-tanda semakin menulis semakin nampak mahal nilainya?”

Pelanggan memberikan jawapan, “Ada tiga keadaan menulis yang mesti diperbaiki jika mahu tulisan kita mahal pada mata sendiri dan mata pembaca.”

Apakah itu?

  1. Menulis sehingga dapat melenturkan jiwa dan akal akur. Kebenaran disampaikan dalam sebaik-sebaik ayat.
  2. Menulis dengan gabungan pengalaman hidup dan ilmu yang ada dalam tangan agar penulisan itu tidak kosong.
  3. Menulis yang dapat mendorong bahagia jiwa dan damai hati agar kita dapat meneruskan hidup dengan aman. Ini merupakan kemahiran menulis dengan kerangka mencipta realiti baharu, bersendikan ibrah dan mempunyai hikmah.

Si pembancuh kopi tahu cara menulis kerana itu diajar di sekolah dan universiti.

Tetapi dia mesti menaikkan nilai penulisannya bagi mencapai tiga perkara.

“Di mana saya mesti bermula agar tulisan saya semakin mahal nilainya?” tanya si pembancuh kopi.

Jika sudah sampai ke ayat ini engkau membaca, engkau benar-benar mahu.

Berikan masa untuk ini.

Lihat panduan 11 petunjuk penulisan untuk diri dalam link dibawah.

https://yosh.my/order/form/spr2022/main

Leave a Comment

CommentLuv badge