Saya suka…

Alhamdulillah. Allah telah memberikan rezeki yang lebih untuk kami sekeluarga. Kali ini, saya dan suami dapat membelikan baju melaju tshirt dan baju kurung tshirt untuk anak-anak. Mereka amat gembira kerana mendapat baju baru.

“Terima kasih umi. Abang suka. Abang memang hebat”, ujar anak sulung kami yang baru berusia 3 tahun 8 bulan sambil memeluk tubuhku.

“Umi, cantiknya baju kakak”, ujar anak perempuan yang baru berusia 2 tahun 8 bulan. Dia juga memelukku. Aksinya memang luar biasa. Ala-ala model pakaian gitu hehe

Anak ketiga yang baru berusia 6 bulan turut gembira apabila melihat telatah abang dan kakak. Terasa satu kebahagiaan menusuk ke dalam diri kerana sebelum ini, mereka tidak suka memakai baju melayu dan baju kurung ketika pagi raya.

Saya mengajar anak-anak untuk mengucapkan terima kasih kepada Allah.

Terima kasih, Allah

Thank you, Allah

Syukran ya Allah

Ini adalah contoh baju melayu tshirt warna hijau. Gambar sebenar, saya akan muat turunkan nanti. Insya Allah

IMG_20140715_091618

 

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge