Rezeki Awal Tahun 2023

Bismillah.

Saya mula menjawab soalan pada malam akhir tahun dan berjaya menyelesaikannya lebih kurang pukul 2.23 pagi pada 1 Januari 2023. Soalan GCE memang Wow! sangat walaupun masa yang diberi 3 jam. Belum mula memang rasa macam lama tapi bila dah mula jawab, 3 jam terasa cam sekejap sangat. Sejujurnya paling menggembirakan, saya LULUS dalam peperiksaan tersebut. Alhamdulillah.

Berbaloi tidur lewat sebab pagi esok tu, saya dah kena masuk kerja setelah sekolah bercuti selama tiga minggu. Kenapa saya kena masuk kerja hari Ahad, 1 Januari 2023? Kerana saya tinggal di negeri Kelantan.

Terima kasih buat mentor dan rakan sekumpulan yang sentiasa bersama-sama untuk memberikan semangat di antara satu sama lain. Terus ke hadapan!

Rezeki Awal Tahun 2023 akan terus dikenang sepanjang tahun ini. Aaamin.

Kita Buat, Kita Dapat.

Leave a Comment

CommentLuv badge