Muslim sudah hafal alfatihah?

IMG_20141024_033930

 

Hari ini, Muslim memang aktif bermain dengan kakaknya. Seronok tengok anak-anak bermain. Namun, Muslim mula bosan. Apa yang patut saya lakukan untuk membuatnya terhibur semula?

Mula-mula saya membaca kalimah bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani… Muslim sudah mula memberi perhatian. Saya berhenti seketika untuk melihat responnya. Dia mula menggerakkan mulutnya tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Memang lucu bila teringatkan aksi mulutnya.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Yang menguasai hari pembalasan…

Bahasa badannya mula memberi respon. Tambah pula, kakaknya menyanyikan lagu Erti Fatihah beserta dengan aksi. Sungguh, saya tidak memahami pergerakan mulut Muslim namun saya dapat mengagak, dia mungkin mengingati lirik tersebut mengikut kemampuannya sebagai seorang bayi.

Selepas itu, saya membaca surah alfatihah dari awal hingga akhir. Dia memberi respon dengan menggerakkan mulutnya tanpa sebarang bunyi.

Perkongsian Puan Lina iaitu ibu kepada Darwish dan Darwisya banyak membantu ibu-ibu seperti saya untuk mendorong anak-anak menghafaz alquran dari awal usia. Perkongsian di blog beliau berjaya membuka minda pembaca dari kalangan ibubapa untuk membuat yang terbaik terhadap harta yang diamanahkan oleh Allah ini.

Anda boleh melayari www.islamicparentingnetwork.net atau www.darwishndarwisya.blogspot.com  untuk membaca kisah beliau mendidik 2 orang permata hatinya.

Leave a Comment

CommentLuv badge