Mata malas anak

Mata Malas Anak

Pengalaman hari pertama sesi persekolahan 2015 bersama murid-murid tahun 1 memperlihatkan pelbagai karenah. Ada yang menangis, gembira, takut dan sebagainya. Alhamdulillah, tiada seorang pun yang menangis ingin balik ke rumah.

Sepanjang sesi bersama dengan mereka, saya mendapati ada 2 orang murid perempuan yang mempunyai masalah penglihatan. Setelah bersembang secara peribadi, murid A mengatakan dia memang memakai cermin mata ketika dirumah tetapi emak tidak membenarkannya memakai semasa berada di sekolah. Manakala murid B pula sememangnya tidak memakai cermin mata. Alasan yang diberikan, emak tak bagi pakai cermin mata nanti mata rosak.

Sedarkah duhai ibu dan ayah, membiarkan anak-anak dalam situasi begini seolah-olah menyekat hak mereka untuk menjalani kehidupan ceria seperti kanak-kanak sebaya dengannya?

Apa faedah yang akan ibu dan ayah dapat sekiranya membiarkan anak-anak dalam situasi sebegini (mata malas )?

Pelbagai soalan boleh ditanya kepada ibu dan ayah namun tindakan bergantung kepada anda berdua. Tiada guna jika pihak lain beria-ria ingin membantu jika tiada kesedaran dalam diri ibu dan ayah.

Kasihanilah anak-anak kita

Leave a Comment

CommentLuv badge