Kenapa anak saya tak tahu pegang pensil?

Biasanya ibu akan merungut terlebih dahulu apabila anak masih tidak pandai memegang pensil seperti yang diingini oleh si ibu. Sudah macam-macam cara di ajar tetapi masih macam tu juga hasilnya…

Sabar ibu… Tenangkan fikiran sekejap.

Adakah anak puan obses menggunakan gadget? Kebiasaannya, ramai anak kecil suka menggunakan gadget. Betulkan? Selepas ini, kurangkan “lesen” untuk anak bermain dengannya.

Tahukah puan bahawa sistem saraf motor perlu sentiasa diransang dari awal supaya tangan dapat membiasakan diri untuk memegang sesuatu.

Guru tadika anak saya pernah memberitahu mengenainya. Berikan gam jenis batang kepada anak berusia 5 tahun. Cuba lihat posisi jarinya. Cikgu sudah boleh agak sejauh mana saraf motor telah digunakan.

Kesimpulannya, perbanyakkan aktiviti seperti merenyuk kertas, meramas pasir dan sebagainya. Puan boleh mencari sebarang aktiviti yang berkaitan di internet.

pegang-pensel-2-620x285

Leave a Comment

CommentLuv badge