Indahnya Mengenali Dunia Kanak-kanak

Kanak-kanakDulu, saya memang tak suka dengan kanak-kanak tetapi setelah ada anak sendiri dan mempelajari selok belok dunia kanak-kanak, barulah saya sedar betapa indah dan seronoknya mengenali dunia mereka. Saya sangat seronok melayan karenah mereka dan anak murid.

Meskipun tahun lepas dan tahun ini (2013-2014) saya mengajar semua murid tahun satu dan satu kelas tahun dua (kelas corot), hati saya memang terhibur ketika mengajar mereka.

Ada ketikanya, anak murid saya yang suka menggulingkan badan dilantai ketika membuat kerja, ada yang membaringkan tubuh di atas meja, ada yang tak nak menulis dan pelbagai karenah yang mana memang mustahil saya akan jumpa jika tidak berada didalam dunia perguruan ini.

Amat-amat mencabar namun anak-anak inilah yang menjadikan saya lebih kreatif untuk mencipta lagu ketika mengajar, belajar memahami jiwa dan kehendak mereka malah sudah pandai bermain emosi dengan mereka.

Secara jujur, saya tak mampu nak menggunakan tenaga tatkala mereka mengamuk atau bergaduh sesama rakan namun saya berjaya memujuk mereka menggunakan pendekatan Kaedah Nabi Muhammad yang banyak mendidik jiwa manusia sehingga melahirkan ramai sahabat yang berani dan ikhlas berjuang untuk agama Islam.

Jom, kita sama-sama belajar untuk menghargai kanak-kanak. Tak rugi sekiranya kita menyertai mana-mana seminar atau bengkel semata-mata ingin belajar mengenai dunia mereka.

Meskipun kita pernah menjadi kanak-kanak dan sudah dewasa, tak bermakna kita faham apa yang mereka mahu dan apa yang boleh kita sumbangkan buat mereka. Dalam masa yang sama, kita boleh aplikasikan untuk anak sendiri.

 

Leave a Comment

CommentLuv badge