Ibu Ayah Jangan Terkejut!

Semalam ( 9 Oktober 2017 / Isnin ) merupakan hari serentak seluruh negara murid prasekolah diajar mengenai anggota seksual. Pendedahan ini sangat penting kerana memberi tindakan awal kepada anak-anak kecil ini agar dapat menjaga diri.

YELL TELL dan RUN diajar sekiranya mereka disentuh ditempat tempat yang tidak sepatutnya. Mereka juga diajar bagaimana sentuhan yang dibenarkan dan sentuhan yang tidak dibenarkan.

ZAKAR, FARAJ, PAYU DARA dan PUNGGUNG dinyatakan dengan terang. Posisi-posisi ini hendaklah disebut secara betul dan digambarkan agar murid murid faham mereka mempunyai harga diri dan maruah.

Saya percaya masih ada ahli keluarga di rumah anak-anak ini tidak diajar dengan nama anggota ini dengan betul. Penggunaan nama bunga, burung masih lagi diguna pakai.

Selepas program PEERS itu nanti, saya amat berharap ibubapa tidak akan terkejut nanti jika ada antara anak kita akn menyebut perkataan seperti :
– zakar
– faraj
– dubur
– punggung
– payu dara

Peranan ibu bapa di rumah
======================

1. Mengajar anak-anak tindakan yang sepatutnya diambil jika terdapat sentuhan pada diri mereka.

2. Selalu berbual dengan anak-anak agar mereka tidak merasa malu dengan kita. Selain itu untuk mengelakkan terdapat ada halangan antara anak dan mak atau ayah.

3. Sering perhatikan siapakah selalu yang mendekati anak kita. Walaupun seorang tua atau berwatakan baik. Selalulah berhati hati

Leave a Comment

CommentLuv badge