Bahaya mulut moden

Setiap hari, hidup kita tidak lekang membuat kesilapan demi kesilapan. Ini kerana kita adalah manusia biasa. Pastinya dengan kesilapan itu, kita pasti kembali memohon ampun kepada Pencipta.

Kecanggihan teknologi pada masa ini telah berjaya meletakkan mulut berada di jari.

Jika dahulu, kita takut dengan kata-kata dari mulut orang. Kini situasi ini telah jauh berbeza. Manusia takut dengan kuasa yang berada di jari. Jari yang pantas menaip dan menyebarkan berita-berita ke media sosial telah mudah menjadi tular.

Berita yang tidak diketahui kebenarannya terlalu cepat diterima dan dikongsikan dari satu media sosial kepada semua jenis media sosial yang diketahui.

Maruah manusia kini begitu mudah ditelanjangkan.

Tetapkan dirimu dengan ajaran Allah dan rasul. Usah terjebak dengan kemungkaran ini. Kesannya amat berpanjangan malahan sahamnya juga tidak terputus walaupun jasad kita sudah hancur dimamah tanah.

 

Leave a Comment

CommentLuv badge