Arwah Ayah Suka…

Kami melihat ayat yang ditinggalkan.

Cucu yang menyimpan tulisan itu berkata, “Kumpulan perkataan ini sudah lama mati.”

Apabila dibaca berkali-kali, tidak ada rasa, kering, mendatar, tak bernyawa.

“Sudah berapa lama ayat ini hidup?”

“Kali pertama ditulis 65 tahun lalu.”

Selama 65 tahun ayat itu tidak dapat menimbulkan apa-apa rasa. Sekiranya pemiliknya memberi peluang kepada diri belajar sesuatu, pasti ia akan subur dan membahagiakan.

Ayat yang sudah mati itu dibaca, “…Ayah suka makan nasi ayam.”

Itu sahaja.

Jika disusuli dengan “…Ayah suka makan nasi ayam. Bukan kerana rasa hidangan itu, tetapi ia cepat disediakan dan cepat untuk mereka sekeluarga berkumpul bersama. Kegembiraan dapat dicetuskan semula….” barulah ayat itu bermakna kerana ada sebab akibat yang jelas.

Selepas itu. barulah cucu-cucunya yang menyimpan tulisan itu dapat melihat peristiwa itu sebagai tradisi, bukan laporan aktiviti orang yang pernah hidup.

Menulis tanpa pengetahuan menjadikan tulisan kering seperti laporan. Belajar seni membina bahagia dan damai jiwa dengan ilmu menulis yang diperlukan.

Lihat 11 petunjuk dalam link dibawah ini.

https://yosh.my/order/form/copywriting/main

Leave a Comment

CommentLuv badge