1 Tips Anak Suka Sains

young-child-boy-looking-telescope-1455913

Sebelum ini, kami selalu memberikan tablet kepada anak-anak. Apabila rosak, gantikan yang baru. Almaklumlah, harga tablet kini sudah murah seperti telefon bimbit.

Sampailah satu ketika, terdetik dihati untuk mengajar sains kepada anak lelaki yang berumur 5 tahun. Dia sudah pandai mengira. Lebih senang untuk dia mengira objek yang ada di angkasa sambil belajar mengenai alam.

Dengan harga teleskop yang murah, ianya lebih berbaloi dari membelikan tablet untuk anak bermain. Sel-sel otaknya berkembang, ilmu dapat dan kepuasan pun ada.

Apabila anak mengkaji alam, bolehlah kita mengaitkan kejadian alam yang terdapat di dalam alquran seperti bintang, bulan dan sebagainya.

Dengan sendirinya, anak minat sains. Kita anak dan sains sentiasa berada dalam minda untuk mengkaji.

Ini adalah 1 tips anak suka sains tanpa perlu dipaksa. Subjek Sains memerlukan kefahaman dan minat. Jangan memaksa mereka untuk menyukai sesuatu sebelum kita membuka jalan untuk mereka meminatinya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top