Mengenal dan membaca

Em… terfikir-fikir cara untuk mencungkil “singa” dalam diri murid tahun 2 Genius iaitu kelas corot. Bukan senang nak menyakinkan bahawa mereka memang pandai mengenal huruf dan membaca.

Haaa…saya telah mendapat idea. Pnp saya sebelum waktu rehat. Ada slot untuk saya memberi peluang 100% untuk mereka membaca tanpa dipaksa. Pertama kali ingin mencuba.

Saya mengira murid didalam kelas cuma ada 13 orang. 8 tidak hadir. Saya mula menulis nombor 1 hingga 10 dipapan hijau. Mereka mula bising-bising kerana ingin tahu, nombor apakah itu. Dengan tersenyum, saya mula memberi maksud.

“Siapa yang ikut ustazah baca kemudian dia baca sendiri, ustazah akan catat nama dia kat sini dan cukup masa, ustazah benarkan dia keluar rehat.”

Masya Allah, akhlak mereka amat bagus dan mulia. Tidak membuat bising dan mengganggu rakan yang lain. Mereka hanya mengikut saya membaca dan mereka juga berebut-rebut membaca dengan rela hati. Kerja saya pada masa itu? Hanya tersenyum dan menulis nama sahaja kerana kelas telah terkawal dengan sendirinya. Alhamdulillah.

IMG_20140523_140646

Leave a Comment

CommentLuv badge