Tv Boleh Merosakkan Otak Anak

anak-otak-300x250

image: credit to blog.masteragenbola.com

Para pengkaji mendapati terlalu lama menonton televisyen hanya akan mengubah struktur otak dengan cara merosakkan secara perlahan-lahan.

Perkara ini telah dibuktikan melalui hasil kajian yang dilakukan di Jepun. Satu ujian imbasan otak telah dilakukan kepada 276 orang kanak-kanak.

Keputusannya terdapat peningkatan di kawasan abu-abu di korteks hadapan sekaligus membuktikan bahawa menonton televisyen hanya akan menurunkan kecerdasan verbal si manja anda.

Sedapnya yogurt

 

Sedapnya yogurt!!! Itulah taktik saya setiap kali mahukan anak-anak memakan yogurt. Selain itu, saya juga perlu kreatif untuk menyediakan yogurt dalam keadaan yang mampu menarik perhatian mereka seperti di dalam gambar di atas.

Duhai ibu yang hebat, tahukah anda dengan mengambil banyak bakteria baik atau dikenali sebagai probiotik ini adalah rahsia khas bagi menjaga perut si kecil agar kekal sihat. Yogurt adalah sumber utama probiotik. Hadkan pengambilan yogurt tinggi gula kerana ia biasanya rendah kandungan protein dan bakteria baik. Sebaiknya hidangkan yogurt kosong dan hiaskan dengan madu dan buah-buahan segar. Tentu lebih menarik dan menyihatkan.

Jika sebelum ini, saya suka belikan yogurt yang mempunyai perisa tetapi setelah mencari maklumat tentang kebaikan yogurt, saya sentiasa mendapatkan “plain yogurt” dalam bekas besar di pasaraya. Balik rumah, tabur coklat seperti di atas dan si ibu memulakan aksi dihadapan anak hehe

Manfaat solat subuh

azan-shalat-subuh

Solat Subuh adalah solat yang amat berat dikerjakan. Rasulullah menyatakan bahawa orang munafik sentiasa merasa berat dan susah untuk mengerjakan solat subuh sedangkan ia jelas mempunyai manfaat kesihatan. Antara manfaat solat subuh adalah memastikan keseimbangan kadar serotonin yang mengawal komunikasi antara sel saraf dan mengawal kadar hormon kortisol yang membantu metabolisme gula

Apa itu mata malas

lazy eye

Anak anda ada masalah mata malas???

Masalah amblyopia tidak boleh dikesan diperingkat awal sehinggalah si manja anda menunjukkan tanda-tanda terdapat kerabunan dimatanya. Menurut Dr.Nor’Ain Mohd Rawi, Pakar Oftalmologi dari Hospital Selayang, punca utama masalah mata rabun kepada kanak-kanak ialah disebabkan oleh kejulingan mata (strabismic amblyopia), kesilapan biasan (refractive error) samada keperluan pada kuasa cermin mata yang sangat berbeza (anisometropic amblyopia) dan juga kekurangan stimulasi pada mata (stimulus deprivation amblyopia).

Tanda-tanda yang perlu dikenal pasti mata malas adalah :

  • Kejulingan pada mata
  • Kelopak mata menutupi anak mata (ptosis)
  • Anak mata berwarna putih (kemungkinan katarak atau masalah lain)
  • Menonton televisyen pada jarak yang dekat
  • Meletakkan buku hamper pada wajah apabila membaca atau menulis

Ayuh, kita sama-sama merawat mata malas anak tersayang!!!

Mata malas anak

lazy eye2

Pengalaman hari pertama sesi persekolahan 2015 bersama murid-murid tahun 1 memperlihatkan pelbagai karenah. Ada yang menangis, gembira, takut dan sebagainya. Alhamdulillah, tiada seorang pun yang menangis ingin balik ke rumah.

Sepanjang sesi bersama dengan mereka, saya mendapati ada 2 orang murid perempuan yang mempunyai masalah penglihatan. Setelah bersembang secara peribadi, murid A mengatakan dia memang memakai cermin mata ketika dirumah tetapi emak tidak membenarkannya memakai semasa berada di sekolah. Manakala murid B pula sememangnya tidak memakai cermin mata. Alasan yang diberikan, emak tak bagi pakai cermin mata nanti mata rosak.

Sedarkah duhai ibu dan ayah, membiarkan anak-anak dalam situasi begini seolah-olah menyekat hak mereka untuk menjalani kehidupan ceria seperti kanak-kanak sebaya dengannya?

Apa faedah yang akan ibu dan ayah dapat sekiranya membiarkan anak-anak dalam situasi sebegini (mata malas )?

Pelbagai soalan boleh ditanya kepada ibu dan ayah namun tindakan bergantung kepada anda berdua. Tiada guna jika pihak lain beria-ria ingin membantu jika tiada kesedaran dalam diri ibu dan ayah.

Kasihanilah anak-anak kita